Thursday, August 2, 2007

Kenangan Terindah..!!!

Siapa sangka.. siapa menduga.. kini hampir 2 tahun lebih bertugas di Klfm..banyak pengalaman yang ditimba di sini.. ada kenangan yang manis dan ada juga kenangan yang pahit.. apa pun tugas yang tidak pernah dijangka akan di galas ini menjadi satu cabaran yang cukup hebat dan cukup istimewa.. apabila dapat bersama di ruang udara.. bertugas di konti KLfm setiap Khamis dan mengendalikan Salam Interaktif dari jam 10 pagi hingga 2.00 ptg..Walaupun 4 jam bersama pendengar sambil berceloteh dan memutarkan pelbagai genre lagu.. membuatkan 4 jam tu tidak terlalu lama..Tapi..sebagai orang baru dalam bidang penyiaran dan pengalaman yang tidak seberapa ini merupakan titik tolak untuk cuba bersaing secara sihat dengan penyiar yang lebih berpengalaman..cuba mengutip sebanyak mana pengalaman disini agar dapat menjadi seorang penyiar yang serba boleh..cuba setakat ini dahulu..apa jua pengalaman yang ingin dikongsikan.. jangan lupa hantarkan e-mail anda kepada Ezan di Klfm ini.. mailto:dje-zan@kl.fm..jumpa lagi..!!!

No comments: